Pada 11 September 2019, filem pendek bertajuk “kepelbagaian, keterangkuman, kecantikan dan komuniti” yang dihasilkan oleh Persatuan Alumni Malaysia Universiti Peking telah diadakan di KafeYears of Wonder. 

Sejak penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia pada 31 Mei 1974, kedua-dua negara telah melalui usaha bersama selama 45 tahun dan membentuk perkongsian strategik yang komprehensif pada tahun 2013. Untuk memperingati usaha setiap lapisan masyarakat dalam hubungan dua hala yang hampir setengah abad ini, Persatuan AlumniSiswazah Universiti Peking Malaysia dan pelajar alumni Universiti Peking dari Fakulti Jurnalisme dan Komunikasi Universiti Peking bersama-sama berganding bahu dalam melaksanakan dokumentari  ringkas”45. kepelbagaian, keterangkuman, kecantikan dan komuniti”. Dokumentari ini mendapat sokongan daripada Kumpulan Hai-O Malaysia.

Dokumentari ini adalah berdasarkan garis masa. Dalam masa dua puluh minit, dokumentari ini menjelaskan tiga tempoh masa iaitu “dahulu”,”sekarang” dan  “esok”. Kisah ini bermula dengan pengalaman peribadi generasi tua, pertengahan dan muda, mengenang kembali hubungan diplomatik dan dialog tamadun antara Malaysia dan China selama 45 tahun, memaparkan menunjukkan kepelbagaian antara kedua-dua negara termasuk kaum, budaya dan agama. Hasil daripada kekayaan budaya kedua-dua buah negara membawa kepada hasil yang lebih baik. Dokumentari ini adalah bertujuan untuk menyentuh hati para penonton dan membina makna yang mendalam mengenai “ulang tahun ke-45 penubuhan hubungan diplomatik” antara kedua-dua negara.

Antara lebih daripada sepuluh orang yang ditemu duga dalam dokumentari itu, seperti Tan Sri Osman Kahin, yang melawat China dengan delegasi Malaysia pada tahun 1978, Datuk Abdul Majid, Duta Malaysia ke China pada akhir 1990-an, H.E Bai Tian, Duta Besar China yang Luar biasa dan Mutlak di Malaysia, Tan Kai Hee, pengerusi lembaga pengarah Kumpulan Hai-O, Tan Keng Kang, pengarah urusan Kumpulan Hai-O, Datuk Keith Li Zhongping , pengerusi Persatuan Usahawan China di Malaysia, Wu Zongyu, Profesor dari Universiti Foreign Studies Beijing dan Zhuang Zhihai, eksekutif naib-pengerusi di Universiti Linden. Mereka mengkaji semula proses penubuhan hubungan persahabatan antara China dan Malaysia, dan terkesan dengan perkembangan kukuh kepercayaan politik dan pertukaran ekonomi dan perdagangan antara dua negara.

Sepanjang 45 tahun yang lalu, pembangunan hubungan diplomatik dua hala yang mendalam bukan sahaja dapat dicapai  denganbimbingan dasar kedua-dua kerajaan, malah dapat dilaksanakan  dengansumbangan yang dibuat oleh generasi ke generasi yang menyumbang ke arah tujuan ini. Hubungan danpersahabatanantara kedua-dua negara bergantung kepada intigrasi antara rakyat, budaya, agama dan ideologi  kedua-dua negara. Ini telah menyumbang kepada  salinghormat menghormati, tolerasidan sokongan dari kedua-dua pihak, dan telah menjayakankomunikasi yang mesra antara kedua-dua negara.

Semasa sesi perkongsian, beberapa ahli dokumentari dari WeInsight Studio iaitu pelajar ijazah sarjana muda jurnalisme dan komunikasi tahun 2013 Universiti Peking,Hu Yuanjing dan Wang Zehua mengetengahkan lawatan mereka ke Malaysia. Pelajar ekonomi Universiti Peking tahun 1995 Nai Chen Huang, sekarang merupakan presiden di Persatuan Alumni Siswazah Universiti Peking Malaysia dan pelajar ekonomi Universiti Peking tahun 2014, Aarthee Salvaraja yang telah dipilih untuk menyertai programpertukaran pelajar. Mereka berkongsi pengalaman mereka sebagai pertukaran pelajar di Universiti Peking pada era yang berbeza.

Terdapat juga persembahan tarian Malaysia dan persembahan teh yang dibawa oleh pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Universiti Peking.

Aktiviti perkongsian ini dianjurkan oleh Persatuan Alumni Siswazah Universiti Peking Malaysia, Persatuan Asia Tenggara Universiti Peking dan Persatuan Pelajar Malaysia Universiti Peking. Pengeluaran dokumentari ini mendapat sokongan khas dari Kedutaan China di Malaysia, Muzium Cina Malaysia, Proton, Tabung Kebudayaan Sungai Yangtze, Universiti Linton dan Centre for Research, Advisory & Technology(CREATE). 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here